Latar belakang dan pelancaran Melting Point (EP)

Pada 20 Ogos 2023, WakeOne mengeluarkan iklan acah untuk album mini kedua Zerobaseone yang akan dikeluarkan pada November lewat tahun itu, membayangkan album yang bertemakan musim sejuk.[3] Pada 6 Oktober, diumumkan bahawa album itu dengan tajuk Melting Point akan dilancarkan pada 6 November.[4] Pada hari yang sama, prapesanan untuk album tersebut juga bermula.[5][6] Senarai runut album dikeluarkan pada 19 Oktober, dengan lagu "Crush" diumumkan sebagai single utama.[7] Iklan acah untuk video muzik "Crush" telah dikeluarkan pada 1 dan 5 November.[8][9] Video muzik penuh kemudiannya dilancarkan bersama-sama dengan album itu.

Melting Point tersedia dalam tiga versi buku foto dan sembilan versi digipack.[5][6]

Rujukan

WikiPedia: Melting Point (EP) https://n.news.naver.com/entertain/article/609/000... http://web.archive.org/web/20231027005106/https://... https://entertain.naver.com/read?oid=241&aid=00032... https://web.archive.org/web/20230822034558/https:/... https://n.news.naver.com/entertain/article/609/000... https://web.archive.org/web/20231006034011/https:/... https://www.mnetplus.world/announcement?communityI... https://web.archive.org/web/20231006131809/https:/... https://www.mnetplus.world/announcement?communityI... https://web.archive.org/web/20231027024044/https:/...